1:1. Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
1:2. Segala puji bagi Allah, Pemelihara seluruh ilmu.
1:3. Yang Pemurah, Yang Pengasih.
1:4. Merajai hari cara hidup yang sempurna.
1:5. Kepada Engkau sahaja kami berbakti, dan kepada Engkau sahaja kami bermohon pertolongan.
1:6. Tunjukkanlah kami jalan lurus,
1:7. Jalan orang-orang yang Engkau rahmati, bukan orang-orang yang dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat.
Huraian
Allah semata-mata disanjung. Yang Pemurah menurunkan pelbagai ilmu kepada manusia untuk menjalani kehidupan dengan sempurna. Setiap hari, ada sahaja penemuan-penemuan saintifik terkini yang membolehkan manusia berinnovasi dan membangunkan teknologi agar kehidupan semakin dipermudahkan dan semakin sempurna.
Di atas muka bumi ini, tiada makhluk-makhluk lain yang diberikan keupayaan untuk meneroka ilmuNya dan membangunkan teknologi. Hanya manusia sahaja mampu melakukannya. Keupayaan melakukan kerja-kerja tersebut itulah tanda manusia berbakti kepada Tuhannya.
Samalah konsepnya, apabila kereta berupaya melakukan tugasnya iaitu mengangkut manusia dari satu tempat ke tempat yang lain, itulah kebaktian yang telah kereta itu lakukan. Oleh kerana kereta diciptakan oleh manusia, maka kereta memerlukan pertolongan manusia untuk menjaga dan memeliharanya. Begitulah juga dengan manusia yang diciptakan oleh Allah, hanya kepada Allah sahajalah yang berupaya menolong memelihara manusia.
Kereta tidak akan menjadikan kereta yang lain sebagai perantaraan dengan penciptanya. Ia bergantung terus kepada penciptanya jika mengalami sebarang masalah teknikal. Begitulah, adalah tidak waras manusia menjadikan manusia yang lain sebagai perantaraan dengan Penciptanya untuk memohon pertolongan. Manusia kena bergantung terus kepada Yang Pemurah itu.
Apabila kereta memohon pertolongan terus daripada penciptanya, maka itulah jalan penyelesaian yang lurus (straight to the point). Ini kerana pencipta kereta itulah yang tahu lebih selok-belok tentang penciptaan kereta tersebut. Begitulah dengan manusia, harus mempunyai rasa pergantungan yang terus kepada Penciptanya yang Mengetahui perihal perangai, tabiat atau kelakuan manusia itu.
Namun bagi kebanyakan manusia, perumpamaan seperti konsep penciptaan kereta itu tidak mampu atau mahu mereka fikirkan bagi mengaitkan diri mereka dengan Tuhan walaupun hari-hari mereka menggunakan kereta. Mereka hendak tiru kembali perangai orang-orang yang dimurkai dan sesat terdahulu yang meletakkan perantaraan atau sekutu-sekutu bagi Allah. Tidakkah mereka mempunyai akal?
I copy n paste this note from
Al Faatihah (Pembukaan) , ada bnyk surah lg dalam laman sesawang tersebut,, GO n READ it!!!